Kenapa ? Mula2 kita belajar tentang Shaklee Corporation...
Shaklee Corporation merupakan sebuah syarikat nutrisi semulajadi No. 1 di Amerika Syarikat dan menjadi sejarah kebanggaan selama lebih 50 tahun sebagai peneraju dalam sejarah kesihatan dan isu-isu alam sekitar. Dr Forrest C SHAKLEE memulakan syarikat dengan komitmen terhadap produk bagi meningkatkan kesihatan tanpa mencemarkan alam sekitar dengan mengasaskan syarikatnya pada 1956. Kategori produk syarikatnya terdiri daripada suplemen, produk pembersihan rumah, udara dan air penuras serta produk kecantikan dan penjagaan kulit yang menggabungkan keaslian dan sains yang terbaik.
Selama lebih 50 tahun, Shaklee telah menjadi pembekal terunggul dari segi mutu produk, nutrisi dan produk penjagaan peribadi yang tulen, produk keperluan rumah yang mesra alam dan sistem rawatan air serta udara yang terkini. Jenama Shaklee sinonim dengan kualiti yang tinggi dan kemujaraban, mewakili satu daripada jenama terkenal dalam pemakanan tambahan dan industri-industri jualan langsung. Pelanggan dan pengedar setia telah memberi sokongan padu terhadap syarikat selama lebih 50 tahun lepas. Dengan satu portfolio produk yang kukuh, di samping lebih 48 paten dan bakal paten di seluruh dunia, Shaklee beroperasi di Kanada, Jepun, Malaysia, Mexico, China dan Amerika Syarikat dan mempunyai lebih 700,000 orang ahli di seluruh dunia. Produk Shaklee mencerminkan komitmen syarikat bagi kualiti tertinggi, perkhidmatan dan kepuasan pelanggan, disokong oleh satu jaminan iaitu Jaminan 100% Shaklee.
![]() |
Shaklee
mempunyai sejarah pengawasan alam sekitar dan aktivisme yang hebat.
Shaklee telah aktif dalam bidang isu pemanasan global semenjak 1986
apabila syarikat itu membiayai satu projek penyelidikan terhadap Artik
dengan penjelajah Will Steger untuk mengukur kesan pemanasan global pada
puncak ais serta ekspidisi penyelidikan pada 1989 dan 1996 untuk
mengukur pecutan meleburkan puncak ais. Komitmen kukuhnya yang
berterusan bagi isu pemanasan global, maka dalam tahun 1989 Shaklee
membantu Yayasan Sir Edmund Hillary’s American Himalayan menanam
sebanyak satu juta pokok di Nepal. Pada tahun 2000 pula Shaklee telah
mengambil langkah-langkah bagi mengimbangi pengeluaran CO², dengan
objektif mempunyai impak bersih sifar pada pemanasan global. Hasilnya
Shaklee menjadi syarikat pertama di Amerika Syarikat yang diiktiraf
Climate Neutral™ dengan melabur dalam projek pengurangan bahan api fosil
dalam merancang pengurangan jumlah CO² yang dihasilkan oleh syarikat.
Pada tahun 2002 Shaklee menerima U.S. EPA’s International Climate
Protection Award serta Environmental Stewardship International Award
daripada Social Accountability International dalam menerajui isu
pemanasan global.
|
Isu alam sekitar amat
dititikberatkan terutama dalam pengeluaran produk keperluan rumah
syarikat. Pada tahun 1960 Shaklee membangun dan memperkenalkan Pencuci
Organik Pekat Basic-H®, satu daripada produk keperluan kebersihan rumah
yang pertama. Pada tahun 2004, sebagai tanda Hari Bumi 2005, Shaklee
menderma dari hasil jualan Basic-H kepada Green Belt Movement, iaitu
sebuah akar umbi organisasi bukan kerajaan yang diasaskan pada 1977 oleh
Prof. Wangari Maathai, Nobel Peace Prize Laureate 2004, yang telah
bekerja dalam penjagaan alam sekitar dan pembangunan masyarakat di Kenya
selama lebih 25 tahun.
Sebagai penghormatan
untuk ulangtahun Shaklee yang ke-50, pada Hari Bumi 2006 Shaklee telah
melancarkan kempen persekitaran sejagatnya bagi menangani isu pemanasan
global - Satu Juta Pokok. Satu juta Impian™. Kecemerlangan dalam Nobel
Peace Laureate Prof Wangari Maathai dan Green Belt Movement, Pengedar
Shaklee merentasi Amerika Utara telah mengadakan upacara menanam pokok
terancang dalam komuniti-komuniti tempatan mereka dengan menanam satu
juta pokok bagi membantu menimbulkan kesedaran pemanasan global dan
mengimbangi pengeluaran CO². Sebagai sebahagian daripada kempen, Shaklee
menderma $100,000 untuk Pergerakan Kawasan Hijau untuk menanam satu
juta pokok di Kenya.sumber : website shaklee
No comments:
Post a Comment